merolzbeauty

Kulit flawless dan glowing dengan Produk Kecantikan berasaskan Kayu Cendana | Merolz Beauty Skincare

22
Mar 2020
Skincare
0

Pasti ramai yang tidak mengetahui khasiat kayu cendana untuk kecantikan kulit. Ianya jarang didengari namun ianya merupakan bahan semulajadi yang berkesan untuk penjagaan kecantikan kulit terutama buat kulit bermasalah seperti jerawat dan jeragat. Di Indonesia ianya sudah biasa digunakan di dalam kandungan produk kecantikan. Tidak hairanlah kulit mereka cantik.

Kini di Malaysia anda boleh dapatkan produk kecantikan berasaskan kayu cendana dengan rangkaian produk kecantikan dari Merolz Beauty Skincare. Sebelum cik iena bercerita lebih lanjut tentang Merolz Beauty Skincare, mari cik iena ceritakan tentang fungs i kayu cendana dalam industri kecantikan.

Manfaat utama Kayu Cendana adalah Untuk Kulit Bebas Jerawat . Pohon cendana berasal dari India dan ia merupakan sejenis kayu dengan harga yang cukup tinggi. Kayu cendana mempunyai aroma yang harum maka tidak hairan jika kayu cendana diaplikasikan sebagai bahan campuran dari pembuatan kosmetik hingga parfum.

Di negara Indonesia khususnya, kayu cendana diguna sebagai media ukiran yang sangat bernilai tinggi.  Kayu cendana juga merupakan bahan semulajadi yang mempunyai manfaat untuk kecantikan kulit. Kayu cendana sudah mula di gunakan sebagai penjagaan kecantikan sejak zaman dahulu lagi. Ia digunakan oleh putri dan ratu sebagai bahan rawatan semulajadi kecantikan kulit.